10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Anwar bawa isu liwat ke JAWI
Abdul Rahim Sabri | Jul 9, 08 10:53am

kemaskini 2:25pm Dakwaan liwat pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya hari ini bertukar menjadi isu qazaf - kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu.

Penasihat PKR mengadukan isu laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan bulan lepas kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.

"Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini," katanya selepas aduan.

anwar ibrahim and saiful bukhari azlan"Dan saya telah dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar diiringi oleh isterinya dan juga presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua peguam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Mereka tiba di pejabat JAWI di Jalan Damansara pada jam 10.15 pagi.

Tiada penyokong beliau kelihatan di situ, kecuali kira-kira 50 wartawan dan jurugambar.

Anwar kelihatan keluar dari pejabat JAWI selepas 45 minit membuat aduan.

Dalam sidang media yang sama, Kamar Ainiah memberitahu, kes ini perlu dibicarakan di mahkamah syariah.

anwar islamic department 090708 up stairs"Qazaf iaitu tuduhan penyataan palsu terhadap seseorang," katanya.

Menurutnya, jika undang-undang hudud dilaksanakan, seseorang yang melakukan kesalahan qazaf boleh dikenakan hukuman 80 sebatan apabila menuduh tanpa membawa empat saksi lelaki.

"Dalam undang-undang kita (sekarang), ada termaktub bawah akta kesalahan jenayah di mahkamah syariah. Tidak ada peruntukan yang sama dalam mahkamah sivil.

"Itu sebabnya kes ini perlu dibicarakan dan diadili di mahkamah syariah," jelas Kamar Ainiah.

Dalam sidang media yang sama juga Kamar Ainiah berkata, bahawa dalam Islam, penuduh harus membuktikan bahawa yang dituduh melakukan kesalahan tersebut.

"Dalam Islam, lelaki yang dituduh (melakukan liwat) adalah tidak bersalah. Siapa yang menuduhnya harus membawa saksi, bukannya seseorang (yang dituduh) untuk bersumpah sebab sumpah adalah sebahagian daripada pembuktian.

"(Bersumpah) ini bukan untuk beliau (Anwar) membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. (Tetapi) ini adalah untuk penuduh untuk membuktikan beliau bersalah," jelasnya.

Kamar Ainiah mengulas soalan wartawan kepada anak guamnya sama ada bersedia menggunakan kaedah mubahalah atau bersumpah.

Sehubungan itu, Anwar berkata beliau menyerahkan hal tersebut kepada ulama.

"Cadangan Umno untuk menjunjung al-Quran bukan daripada tradisi Islam. Dan pandangan mufti Perlis adalah pandangan umum. Ia adalah pandangan umum dan tidak spesifik kepada kes saya. Itulah yang beliau memberitahu saya," kata Anwar.

Beliau menambah, ulama telah menasihati dan memberi amaran kepadanya agar tidak mengambil tindakan yang boleh melanggar peruntukan undang-undang Islam kerana dampaknya meluas kepada orang ramai.

"Ini adalah tuduhan jenayah yang perlu disiasat. Tidak ada dalam undang-undang Islam yang membenarkan untuk bersumpah sebab tuduhan jenayah ini, beban pembuktian terletak kepada penuduh.

"(Ulama menasihatinya) Anwar, jangan keluarkan kenyataan atau bertindak (bersumpah) kerana apa yang kamu akan lakukan akan mempengaruhi sebahagian besar umat Islam. Jika kamu lakukan ini, maka kamu telah melanggar syariah," kata Anwar.



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner