10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Siaran langsung sidang DUN P Pinang
Jul 18, 08 12:22pm

Selaras dengan prinsip ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti (CAT), kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk menyiarkan secara langsung persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Internet.

Persidangan tersebut akan berlangsung mulai Isnin depan hingga 31 Julai.

Exco kerajaan negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, ia selaras dengan fokus kerajaan negeri yang baru, menerapkan prinsip-prinsip tersebut dalam semua urusan pentadbirannya untuk manfaat rakyat negeri tersebut.

"Siaran langsung ini akan membolehkan rakyat Pulau Pinang mengikuti sendiri sesi soal jawab, perbahasan dan penggubalan dasar sepanjang tempoh persidangan DUN," katanya dalam satu kenyataan.

"Di samping itu, rakyat juga berpeluang menilai sendiri prestasi wakil rakyat dan isu-isu yang dibahaskan serta memperlihatkan kualiti dan kredibiliti 40 wakil rakyat yang mendapat mendapat dari rakyat," tambahnya.

Malik berkata, tujuah utama persidangan DUN Pulau Pinang diadakan secara langsung melalui Internet adalah:

type01Membuka peluang saluran alternatif kepada rakyat di samping saluran semasa melalui televisyen, radio dan surat khabar.

type01 Penyiaran persidangan DUN secara langsung tanpa tapisan, membuktikan prinsip keterbukaan dan ketelusan pihak kerajaan negeri yang mendokong CAT.

type01 Memastikan setiap wakil rakyat lebih peka dan bersedia memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memikul mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Siaran langsung tersebut boleh disaksikan melalui portal rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang di alamat www.penang.gov.my atau terus ke laman http://dunpenang.ipglobal.tv.

"Memandangkan ini kali pertama kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan siaran langsung melalui Internet, maka maklumbalas dan cadangan amatlah dialu-alukan dan boleh disalurkan melalui kedua-dua laman ini," kata Malik.



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner