Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar intai p'raya kecil Kulim
Diterbitkan:  Jul 18, 2008 4:35 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Selepas terlepas peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar apabila mahkamah menolak petisyen PAS untuk membatalkan keputusannya, kini ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mensasarkan untuk bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Mahkamah Tinggi Alor Star akan mendengar Ahad ini, petisyen calon BN, memohon supaya dibatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, di selatan Kedah.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, calon PKR, Zulkifli Noordin menang dengan majoriti 5,583 undi.

Zulkifli mendapatkan 22,255 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.

anwar ibrahim Selepas menjalani hukuman penjara selepas disabitkan atas kesalahan salahguna kuasa, Anwar dilarang aktif dalam politik selama lima tahun sehingga 14 April lalu.

Hakim Balia Yusoff Wahi telah menetapkan kes itu dengar mulai Ahad hingga Khamis depan, selepas menolak bantahan yang dibangkitkan oleh Zulkifli untuk membatalkan petisyen tersebut.

Petisyen tersebut difailkan oleh Aziz atas alasan Zulkifli telah gagal mengemukakan kenyataan perbelanjaannya sewaktu kempen pilihanraya umum 2004.

Mengikut akta pilihanraya, setiap calon yang tidak mengemukakan kenyataan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya seterusnya.

Sedia beri laluan

Pada 2004, Zulkifli bertanding kerusi parlimen Kuala Langat di Selangor tetapi kalah kepada calon BN dari Umno, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.

bm version bandar kulim bharu kedah parliament seat results 180708 Dalam petisyennya, Abdul Aziz juga mendakwa bahawa pegawai pengurus pilihanraya telah gagal bertindak terhadap Zulkifli walaupun mempunyai dokumen yang mengesahkan kegagalannya mengemukakan kenyataan perbelanjaannya.

Sekiranya pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi tersebut, dalam tempoh 60 hari, Zulkifli dijangka memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.

Bagaimanapun, terlalu awal untuk dipastikan sama ada Abdul Aziz akan dicalonkan semula bertanding di kerusi tersebut.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kerusi Parlimen tersebut mempunyai 51,995 pengundi, yang terdiri daripada 69.50 peratus Melayu, China (18.60 peratus), India (11.70 peratus), lain-lain (0.20 peratus).

Zulkifli memberitahu Malaysiakini bahawa yakin dapat memenangi kes tersebut. Menurutnya, Abdul Aziz telah memfail petisyennya di bawah Akta Pilihanraya yang silap.

Ditanya sama ada beliau bersedia memberi laluan kepada Anwar sekiranya pilihanraya kecil diadakan, Zulkifli berkata, beliau sedia berbuat demikian.

"Semua ahli Parlimen PKR sebelum ini telah berjanji sedia melepaskan kerusi mereka untuk Anwar, termasuk kerusi saya, di Permatang Pauh,

Bandar Tun Razak dan Gombak," katanya.

ADS