Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Abim sokong muzakarah
Diterbitkan:  Jul 22, 2008 7:08 PM
Dikemaskini: Jul 23, 2008 3:59 AM

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sentiasa menyambut baik hasrat mana-mana pihak untuk mengadakan muzakarah dalam erti mewujudkan budaya komunikasi antara pemimpin politik Melayu/Islam bagi membincangkan hal-hal yang disepakati bersama merangkumi kedudukan Islam dan umat Islam di negara ini.

"Abim sentiasa konsisten dengan pendirian bahawa kemelut yang melanda umat Islam di negara ini boleh ditangani dengan lebih berkesan jika ada saluran perbincangan yang sihat antara

yusri abim pemimpin politik Melayu/Islam dalam menanganinya," kata Presidennya, Yusri Mohamad.

Menurutnya, perbezaan ideologi dan persaingan politik tidak seharusnya menghalang pemimpin politik Melayu/Islam daripada memelihara hubungan dan saluran komunikasi sesama mereka dalam hal-hal kepentingan bersama.

"Hubungan antara mereka tidak sepatutnya terhad kepada kritikan dan serangan dari jauh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan mengenai muzakarah yang antara pemimpin tertinggi PAS dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan dua lagi pemimpin parti itu dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri, dan menurut

Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang, perbincangan itu mendapat restu majlis syura parti itu.

'Duduk bersama'

Sehubungan itu, Yusri berkata, ada waktu-waktunya, pemimpin Melayu/Islam patut duduk bersama, bertukar pandangan dan nasihat menasihati dalam suasana yang lebih positif, yang tidak semestinya terdedah kepada pengetahuan umum.

"Ianya juga tidak semestinya hanya didorong dan terbatas kepada persoalan penyatuan atau penggabungan.

"Sekiranya usaha mengadakan muzakarah antara pemimpin PAS dan Umno, yang sedang hangat diperbincangkan pada ketika ini diletakkan dalam konteks di atas, Abim berpendapat bahawa ianyaa dalah sesuatu yang membina dan wajar digalakkan.

"Terserahlah kepada para pimpinan parti-parti terbabit untuk menentukan kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakannya," katanya.

Abim juga, kata Yusri, berpandangan bahawa usaha-usaha mewujudkan saluran komunikasi dan perbincangan itu wajar turut melibatkan pemimpin dan tokoh politik Melayu/Islam terpilih yang berada di luar PAS dan Umno.

"Kita mendoakan dan berharap agar budaya dan senario politik umat Islam di negara kita sentiasa terpelihara dan meningkat ke tahap yang lebih progresif dan positif dari masa ke semasa.

ADS