Polis pengiring tertuduh kes Atantuya mati mengejut
Jul 25, 08 4:52pm
Seorang anggota polis mahkamah yang bertugas mengiringi tiga tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini tiba-tiba pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.

Lans Koperal Othman Abdul Rahman, 47, dikatakan sesak nafas dan pengsan di hadapan pintu kamar mahkamah sejurus Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda memasuki mahkamah kira-kira jam 9.05 pagi ini.

Beliau yang dipercayai menghidap penyakit jantung dan kencing manis, dikatakan keletihan setelah memanjat tangga hingga ke tingkat empat sebelum rebah.

Kejadian itu yang berlaku sebelum mahkamah memulakan prosiding, mengejutkan mereka yang berada di situ, demikian menurut laporan Bernama.

Seorang anggota polis cuba memberikan bantuan pernafasan CPR, sebelum mengusung mangsa dengan bantuan lima anggota polis dan seorang awam ke ambulans.

Anggota polis itu disahkan meninggal jam 1.15 tengah hari di Institut Jantung Negara (IJN).

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dituduh membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi keesokannya. Penganalisi politik Abdul Razak, 47, dituduh bersubahat
dengan mereka.

Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner