Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini PKR hari ini meramalkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan dalam "tempoh 48 jam" berhubung kes dakwaan meliwat bagi menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Ketua penerangannya Tian Chua berkata PKR tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.

"Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," katanya kepada agensi berita AFP .

"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil."

Anwar petang ini mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

wan azizah resign permatang pauh by election for anwar 310708 06 Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Anwar kelmarin menyatakan kesediaannya bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu tetapi menukar keputusan itu memandangkan petisyen yang difailkan oleh calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzi dijangkan memakan masa.

Mengulas sama ada peluangnya terjejas dengan sisatan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, Anwar berkata:

"Mereka memancing selama sebulan tetapi tidak mendapat seekor ikan pun. Mereka mungkin dapat buah kelapa dan sangkakan ikan."

Di sidang media bersama isterinya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi, Anwar bagaimanapun tidak mahu memberikan respons terhadap desas-desus bahawa beliau akan ditahan.

"Saya tidak boleh respons pada cakap-cakap. Dari dulu, sebelum pilihanraya telah ada cakap-cakap bahawa saya akan ditangkap. Ingat, (dulu) saya ada masalah dengan pasport, itu lama sebelum pilihanraya (umum). Saya tidak boleh respons pada cakap-cakap," katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pergerakannya sedang "dipantau dengan teliti" oleh polis.

"Sekarang saya dipantau dengan teliti. Rombongan saya ke Pahang, sekurang-kurangnya, enam kereta polis, kereta (anggota) Cawangan Khas mengekori. Mereka menghabiskan duit untuk semua ini. Mereka sepatutnya memantau kadar jenayah sekarang," katanya.

ADS