HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Tawaran Tajol 'terlampau pantas'
Jul 31, 08 5:28pm
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan tawaran bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali kepada PAS untuk menyertai Umno membentuk kerajaan negeri Perak, adalah satu "perkembangan yang terlampau pantas".

muhammad mohd taib mat taibSeeloknya, kata beliau, perkara tersebut diserahkan kepada pemimpin tertinggi kedua-dua parti kerana kebijaksanaan untuk membuat keputusan terletak pada mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Keda di Alor Star hari ini, Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata beliau bimbang matlamat asal kedua-dua parti itu untuk berusaha ke arah perpaduan akan terjejas sekiranya semua pihak memberi pandangan.

"Soal politik dan buat kerajaan ni harus diketepikan dulu. Kita perlu pergi kepada perkara pokok iaitu untuk menyatupadukan ummah," katanya dalam laporan Bernama.

tajol rosli ghazaliBaru-baru ini, Tajol Rosli yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, mencadangkan agar PAS menyertai Umno untuk membentuk kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Malah, katanya, Umno sanggup memberikan jawatan menteri besar kepada wakil PAS.

ali rustamSemalam Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tawaran itu melibatkan perkara yang besar bagi parti dan seharusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi untuk dibincangkan.

Mengenai muqabalah antara Umno dan PAS demi menjaga kepentingan Islam dan perpaduan, Muhammad berkata sebarang perbincangan berkaitan perkara itu tidak perlu dihebahkan kerana ia akan mengundang campur tangan banyak pihak.

"Serahkan sahaja kepada pemimpin tentang apa sebenarnya yang patut digarap dan dibincangkan secara aman," katanya.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner