Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR siasat insiden pukul jurufoto
Diterbitkan:  Aug 5, 2008 1:47 PM
Dikemaskini: Aug 6, 2008 3:30 AM

PKR sedang menyiasat insiden kekasaran terhadap seorang jurugambar wanita, dilaporkan dilakukan oleh penyokong parti itu, selepas majlis ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

"Siasatan terhadap insiden tersebut telah dan sedangpun berjalan," satu kenyataan pejabat Anwar hari ini dipetik.

"PKR sentiasa memandang tinggi dan menghargai usaha pihak media untuk melaporkan sebarang program anjuran kami.

"Kami juga akan memastikan sedaya upaya tiada lagi insiden yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan."

guan ming reporter photographer bullied beaten by pkr security in permatang pauh 050808 02 Loh Hoay Hoon, jurugambar harian Guang Ming Daily dilaporkan diserang oleh sekumpulan lelaki selepas ceramah Anwar di Seberang Jaya, Pulau Pinang hujung minggu lalu bagi mengumumkan akan bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Beliau didakwa dicekik, dipukul di bahagian kepala dan ditendang.

Sementara itu, Persatuan Wartawan Foto Cina Malaysia (MCPA) bercadang memulaukan semua program PKR sebagai membantah tindakan petugas parti itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini bersama foto di atas (yang dirakam jurugambar The Sun ), satu-satunya persatuan wartawan foto di negara ini berkata insiden terbaru itu menunjukkan PKR gagal mengawal petugas-petugasnya walaupun aduan kekasaran terhadap pekerja media pernah dibuat sebelum ini.

guan ming reporter photographer bullied beaten by pkr security in permatang pauh 050808 03 MCPA pernah mengadu secara rasmi kepada parti itu sewaktu petugas angkata muda PKR menghalang tugas media sewaktu kekecohan dalam konsert sebuah kumpulan punk rock sempena perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di stadium Kelana Jaya awal bulan lepas.

Dalam laporan polis Loh (foto kiri) , beliau mendakwa diserang sekumpulan lelaki yang mengekorinya di satu kawasan letak kenderaan selepas ceramah tersebut.

"Selepas MCPA dimaklumkan tentang kejadian tersebut, satu aduan telah dibuat kepada biro penerangan PKR tetapi, setakat ini, tiada jawapan," kata MCPA dalam kenyataannya itu.

Persatuan itu juga menyeru polis agar sentiasa mengawasi pada masa akan datang dan segera menahan suspek yang terlibat dalam kejadian seumpama itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS