Terima suapan rawatan gigi RM13,860
Ogos 13, 08 12:09pm
dikemaskini Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan rawatan giginya berjumlah RM13,860 pada 2005.

Datuk Mirza Mohammad Taiyab didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di hadapan hakim Fathiyah Idris.

Beliau dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 16 hingga 18 Februari tahun depan.

Mirza, 51, didakwa menerima suapan itu daripada Zulhisyam Ayob, 48, pengarah syarikat Perunding Pakar Media Sdn Bhd, sebuah syarikat perunding pengiklanan.

Syarikat itu membiayai rawatan tertuduh di Clinical Practice Prosthodontics Sdn Bhd ketika beliau memegang jawatan timbalan ketua pengarah lembaga berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di klinik itu di No.15, Ground Floor,
Jalan 2/71 Off Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, di antara 17 Jan hingga 26 Julai 2005.

Jika disabitkan kesalahan, Mirza boleh dipenjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner