Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pusrawi: Khidmat Dr Osman tidak ditamatkan
Diterbitkan:  Aug 15, 2008 11:17 AM
Dikemaskini: 3:18 AM

Hospital Pusrawi tidak bercadang untuk menamatkan perkhidmatan Pegawai Perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu.

Pengurus Besar Pusrawi Wan Mahmood Wan Yaacob berkata khidmat Dr Mohamed

Osman masih diperlukan dan akan kembali bertugas setelah beliau bersedia untuk berbuat demikian.

"Beliau masih bercuti dan kita tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan diberhentikan. Khidmat beliau masih diperlukan," katanya kepada Bernama semalam.

Ketika ditanya bilakah pegawai perubatan itu perlu melaporkan diri semula, beliau berkata: "Saya tidak mahu komen mengenai perkata itu, berapa lama beliau bercuti dan bila beliau akan kembali bertugas."

Baru-baru ini Dr Mohamed Osman menggemparkan negara apabila mengeluarkan satu akuan bersumpah yang disiarkan di portal berita Malaysia Today.

Jumaat lalu, polis mengesahkan mereka telah memulakan siasatan bagi mengesahkan kesahihan akuan bersumpah yang disiarkan Malaysia Today yang didakwa dibuat Dr Mohamed Osman.

Dr Mohamed Osman adalah seorang doktor yang berasal dari Myanmar dan baru setahun bertugas di hospital itu.

ADS