ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  Top 26 Sexiest Cartoon Babes
  Eeek! A Penis!!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
'Penduduk tidak percaya Anwar liwat'
Muda Mohd Noor | Aug 24, 08 5:37pm
Beberapa penduduk kawasan Permatang Pauh percaya pertuduhan liwat ditimbulkan dalam kempen semata-mata untuk memastikan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah dalam pilihanraya kecil 26 Ogos.
 
Mereka juga berpendapat, penurunan harga minyak mulai semalam mempunyai tujuan politik iaitu untuk mendapatkan sokongan pengundi kerusi parlimen itu kepada calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah.

Pilihanraya itu turut disertai seorang lagi calon Hanafi Hamat yang mewakili parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
 
Penduduk Kampung Kepala Bukit di Permatang Pasir, Ishak Yaakub berkata, orang kampung memang tidak percaya dakwaan Anwar meliwat kerana sudah tahu budi perangainya.
 
"Buatlah tuduhan sebanyak manapun, kami tidak percaya. Orang Permatang Pauh sudah matang. Semakin banyak isu ini diperkatakan, rakyat semakin meluat.
 
"Isu ini tidak akan mempengaruhi pengundi di sini. Anwar adalah pemimpin rakyat dan kerana itu kami semua menyokong beliau," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.
 
Sementara penduduk Kampung Pelek, Sheikh Hamzah Sheikh Radzi berkata, orang tidak lagi percaya kepada BN dan menyebabkan apa yang mereka lakukan tidak disuka orang ramai.
 
Beliau juga berkata, tindakan menurunkan harga minyak sekarang  untuk kepentingan politik kerajaan.
 
"Ini adalah gula-gula politik sahaja untuk mendapat sokongan pengundi Permatang Pauh," katanya.
 
Saad Ismail dari Kampung Bukit Indera Muda berkata, tuduhan liwat "sangat jijik" dan sebahagian besar orang Permatang Pauh tidak mempercayai.
 
"Mungkin sebahagian sahaja yang percaya tetapi orang Permatang Pauh boleh terima Anwar menjadi perdana menteri," katanya.
 
Beliau berkata, penduduk kawasan parlimen Permatang Pauh kecewa dengan kerajaan BN Pulau Pinang sebelum ini kerana menyebabkan ramai terpaksa berpindah ke Kedah.
 
Ahmad Jaafar, dari kampung yang sama, pula berkata tidak mungkin Anwar melakukan seperti yang dituduh di mahkamah dan pengundi tidak mempercayai terhadap tuduhan itu.
 
Pada 7 Ogos lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di mahkamah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

Dakwaan itu, yang dibuat sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil tersebut, akan disebut bulan depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Manakala Mohd Saiful bersumpah laknat di sebuah masjid menegaskan tuduhannya terhadap Anwar sehari sebelum penamaan calon 16 Ogos lalu.

Selain menjadi isu media yang mengulas tindakan pemuda itu, klip video sumpah Mohd Saiful turut ditayangkan di kawasan pilihanraya tersebut untuk menimbulkan keraguan terhadap Anwar.

Laungan "liwat" juga dijadikan slogan kempen penyokong BN di hari penamaan calon di sebuah institut perguruan 16 Ogos lepas.

Dalam tinjauan Malaysiakini hari ini, Ahmad juga bersetuju bahawa keputusan kerajaan menurunkan harga minyak sebagai agenda kempen BN dalam pilihanraya Permatang Pauh.

Kesan isu liwat dan serangan peribadi ke atas Anwar akan dapat diukur secara lebih jelas melalui jumlah sokongan yang beliau terima, khususnya daripada pengundi Melayu, yang akan membuang undi Selasa ini.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner