ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  Top 26 Sexiest Cartoon Babes
  Eeek! A Penis!!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Guan Eng lapor diugut bunuh
Aug 25, 08 6:21pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap mereka berdua.
    
Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Lim berkata ugutan bunuh itu diterima oleh Ng dalam sepucuk surat yang dihantar ke pejabatnya pada Khamis lalu, sehari selepas beliau berdebat dengan bekas ketua menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Ng yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Komtar  berkata beliau membuat laporan mengenai ugutan bunuh itu di Ibupejabat Polis  Daerah Timur Laut pagi ini, demikian menurut laporan Bernama.
    
Katanya surat yang diterimanya itu terdapat  beberapa keratan akhbar mengenai kenyataan beliau dan  ketua menteri serta sekeping kertas yang bertulis tangan  dengan marker pen merah yang tertulis ugutan bunuh.
 
Sementara itu, Bernama turut melaporkan seorang perayu undi Barisan Nasional (BN) hari ini membuat laporan polis mendakwa diugut bunuh oleh sekumpulan penyokong pembangkang ketika mengedarkan risalah dan cakera padat (CD) di Pasar Seberang Jaya, kira-kira jam 10 pagi ini.
    
Aisyah Hussin, 43, berkata berbelas penyokong pembangkang dipercayai Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakam gambar kereta miliknya sebelum merampas CD dan risalah serta mengepung peraih undi lain.
    
"Mereka mengepung kami dan merampas risalah serta CD yang sedang kami edarkan kepada orang ramai di sini, mereka juga bertindak mencampak barang-barang itu ke tanah dan memijaknya di hadapan kami.

"Ketika itu saya begitu terkejut dan terkedu kerana tidak menyangka sampai begitu sekali perbuatan mereka terhadap kami, apa salah kami," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah di sini, kira-kira jam 12 tengah hari ini.
    
Aisyah berkata detik cemas kira-kira 10 minit itu berjaya dikawal selepas orang ramai dan pihak polis yang berada di situ membantu mereka.

Pegawai Perhubungan Media Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Supt Shaharon Anuar Abdul Latif pula memberitahu sidang akhbar di Bukit Mertajam bahawa pelbagai laporan termasuk ugutan bunuh dan meletup bangunan diterima oleh polis di Bukit Mertajam berkaitan dengan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh esok.
    
katanya, pihak polis sendiri turut menerima ugutan daripada seorang lelaki yang mendakwa akan meletupkan bangunan Umno di Kubang Semang.
        
"Ugutan itu diterima oleh seorang anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Kubang Semang di sini kira-kira pukul 11.13 malam tadi, pemanggil itu menyatakan "kami akan letupkan Bangunan Umno di sini dan minta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak balik cepat (keluar dari Permatang Pauh)" dan kemudian pemanggil itu ketawa sambil meletakkan telefon," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.
    
Shaharon Anuar berkata pemanggil itu didapati menggunakan talian telefon tetap dan polis sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner