Najib: Cuepacs boleh merayu
Ogos 30, 08 1:59pm
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri semalam adalah tertakluk kepada kemampuan kerajaan dan sudah pasti ia tidak dapat memenuhi tuntutan semua pihak, termasuklah tuntutan Cuepacs.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekalipun kerajaan tidak memenuhi dua lagi permintaan Cuepacs berkaitan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan dan penyelarasan elaun sara hidup (COLA) kepada kakitangan kerajaan, namun golongan itu juga sebenarnya turut mendapat faedah daripada peruntukan lain yang diumumkan.

"Tiap kali belanjawan negara kita tak boleh dapat semua yang kita tuntut, tahun sudah Cuepacs dapat kenaikan gaji yang begitu tinggi sekali, paling tinggi dalam sejarah, tapi tak ada bonus.

"Tahun ini kita bagi bonus satu bulan, kita tengok kepada kemampuan kerajaan, (bagi) kakitangan kerajaan, dia bukan sahaja kena lihat secara langsung, (tapi) secara tak langsung dia juga dapat faedah dari peruntukan lain yang dapat dipertimbangkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, Najib menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan bersempena menjelang bulan Ramadan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Cuepacs Omar Osman semalam yang kecewa apabila dua tuntutan Cuepacs itu tidak disenaraikan pada Bajet 2009, demikian menurut laporan Bernama.

"Tak boleh dapat semua yang kita hendak, ini tertakluk kepada kemampuan kerajaan sebab kerajaan kena memenuhi semua kehendak golongan," kata Najib.

Bagaimanapun, Najib berkata Cuepacs boleh merayu berhubung perkara itu untuk dipertimbangkan semula.

"Kalau tak dapat kali ini, kita rayulah, mungkin akan datang kita boleh terima," kata Najib.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Bajet 2009 di Parlimen dengan turut mengumumkan kakitangan kerajaan diberikan bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 tahun ini.

Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner