Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bajet: Kos operasi naik mendadak
Diterbitkan:  Sep 2, 2008 1:39 PM
Dikemaskini: 6:43 AM

Perbelanjaan operasi dalam Bajet 2009 semakin besar berbanding tahun-tahun sebelum sehingga peningkatannya itu mengatasi keseluruhan peruntukan bajet tiga tahun lalu, kata DAP.

Setiausaha publisiti parti itu Tony Pua berkata, jumlah RM154.2 bilion untuk tahun depan melebihi bajet 2006 sebanyak 12.7 peratus daripada jumlah RM136.8 bilion.

"Sangat sukar DAP memahami sebab kerajaan meningkatkan perbelanjaan operasi sehingga RM53 bilion atau 52.4 peratus dalam tempoh tiga tahun," katanya.

"Ia meningkat hampir dua kali ganda sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2003."

Pua, yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara, berkata parti itu mempertikaikan kecekapan pentadbiran kerajaan apabila perbelanjaan operasinya meningkat dengan begitu cepat sejak 10 tahun lalu (lihat carta) .

"Ia meningkat 189 peratus sejak 2000," katanya.

bm version budget operational expenditure 1998 to 2009 020908

ADS