Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tuntutan kuota 90 peratus untuk siaran lagu-lagu Melayu di radio berbanding 10 peratus pesaing terdekatnya dari Indonesia akan dibawa kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor esok.

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang mengemukakan cadangan itu pertengahan bulan lalu akan menerangkan relevannya dasar perlindungan itu sebelum kementerian berkenaan membuat keputusan muktamad.

"Kalau tidak dapat (kuota) 90:10 pun, sekurang-kurangnya 80:20 pun OK," kata pengurus persatuan itu Ahmad Abdullah.

Tambahnya, Karyawan akan diwakili presidennya Freddie Fernandez, komposer dan penyanyi terkenal M Nasir dan Nan Saturnine.

persatuan karyawan malaysia 2 Dalam pertemuan di kementerian itu di Putrajaya pada jam 3.30 petang, tambahnya, persatuan akan turut menyampaikan memorandum memohon pelaksanaan kuota itu dan petisyen yang telah ditandatangani oleh 700 seniman.

Sementara itu, mengulas tindakan Kedah mengharamkan persembahan muzik selain nasyid dan lagu-lagu patriotik di negara itu, Karyawan akan menghantar surat rasmi hari ini bagi meminta "penjelasan lanjut".

Surat kepada menteri besarnya Azizan Razak menyeru kerajaan negeri pimpinan PAS itu agar memperhalusi semula keputusan tersebut.

"Kalau Kedah mula haram, kita risau Selangor pun dalam proses (melaksanakannya)," kata Ahmad, merujuk negeri-negeri baru yang ditadbir gabungan pembangkang, termasuk parti Islam.

Karyawan berharap sebarang keputusan Kedah berkaitan seni dapat melibatkan golongan seniman.

"Kita hanya hendak muzakarah saja," kata Ahmad.

karyawan manager ahmad abdullah Memuji tindakan Kelantan sekarang yang lebih terbuka terhadap persembahan muzik, Ahmad menambah, Karyawan mahukan garis panduan jelas persembahan.

"Kelantan kita tengok sekarang OK. Penonton diasingkan lelaki perempuan. Ia tidak tutup terus (persembahan muzik)," katanya.

Mengulas satu model tapisan persembahan, Abdullah berkata, model tapisan yang dilaksanakan di Brunei mungkin boleh digunapakai.

"Mereka (Brunei) tidak mengharamkan genre (jenis muzik), tetapi sebelum persembahan, panel penapisan mereka melihat dahulu persembahan itu sebelum menapis kandungannya," katanya.

Menurut Abdullah lagi, tindakan kerajaan Kedah boleh menjejaskan pulau perlancongan terkemuka di negeri itu, Langkawi.

Beliau juga berkata, kebanyakan pemuzik sekarang berasal dari negeri itu.

ADS