Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan yang didakwa berkempen untuk PKR di Permatang Pauh, kini berada "dalam jagaan" parti itu, kata peguamnya Ahmad Nizam Hamid.

Beliau berkata, Ramlang dan keluarganya – seorang isteri dan tiga anak – kini "selamat di sebuah tempat".

Ahmad Nizam yang juga ketua bahagian PKR Temerloh, bagaimanapun enggan mendedahkan tempat imam itu berada.

Ditanya bentuk kawalan pergerakan terhadap imam muda itu, Ahmad Nizam berkata: "Sembahyang Jumaat pun dia pergi. Dia tidak ikut nasihat saya."

"Tetapi orang tidak perasan," katanya, sambil ketawa kecil.

Keselamatan Ramlang dikawal akibat kebimbangannya dan PKR susulan kejadian kehilangan misteri penyiasat persendirian P Balasubramaniam selepas membuat akuan bersumpah kedua menafikan tuduhannya berkaitan hubungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang mulai hari ini memohon tambahan cuti sehingga lusa.

Tindakan itu, tambahnya, dibuat memandangkan cuti tahunan imam kelahiran Sabah itu masih berbaki 16 hari.

"Dia masih mahu terus berkhidmat (di masjid di Jalan Duta)," katanya kepada Malaysiakini .

"Daripada sudut karier, saya rasa dengan lima negeri di bawah (kerajaan) Pakatan Rakyat, tidak ada masalah (menerima Ramlang).

"Cuma hati beliaulah, beliau rasa beliau tidak buat apa-apa salah."

Ramlang muncul di Permatang Pauh sewaktu pilihanraya kecil baru-baru ini untuk memberi penjelasan apa yang berlaku di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01 Pada 15 Ogos lepas, Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa beliau telah diliwat oleh penasihat PKR pada 26 Jun.

Ramlang termasuk empat orang imam yang diarahkan menghadiri majlis sumpah laknat Saiful itu.

Ketika muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat pada 24 Ogos lepas, dua hari sebelum hari pengundian, imam itu meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful it tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

ADS