Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mukhriz tanding ketua Pemuda Umno
Diterbitkan:  Sep 4, 2008 2:27 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan parti itu Disember depan.

Beliau yang juga ahli exco Pemuda Umno itu akan membuat pengumuman rasmi mengenainya Sabtu ini.

Mukhriz akan berbuat demikian dalam satu majlis di perkarangan Pondok Maharizan di Alor Star.

mukhriz mahathir and umno pemuda Menurut pembantunya, ketua-ketua Pemuda Umno bahagian dari seluruh negara dijangka turut menghadiri majlis tersebut.

Majlis tersebut akan disusuli dengan satu sidang akhbar serta majlis sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di Masjid Tok Kepak.

Selain Mukhriz beberapa pemimpin pergerakan itu, termasuk Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin dijangka turut bertanding jawatan tersebut.

Seorang lagi ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang telah memberitahu media sebelum ini yang beliau akan bertanding jawatan tersebut.

Manakala Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob pula dilaporkan semalam, sebagai berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan itu.

Jawatan ketua Pemuda kosong selepas penyandangnya Datuk Hishammuddin Hussein mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut Disember ini.

Tiada had umur dikenakan oleh mana-mana pemimpin untuk bertanding jawatan ketua Pemuda pusat. Juga tiada had umur bagi tempoh seseorang itu memegang jawatan tersebut.

ADS