Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Agensi Islam buat aduan polis terhadap Petra
Diterbitkan:  Sep 5, 2008 10:37 PM
Dikemaskini: Sep 6, 2008 7:59 AM

Empat agensi agama Islam hari ini membuat laporan polis terhadap pengendali blog Malaysia Today kerana didakwa menghina agama Islam dan umatnya melalui artikel-artikel di portal berita itu.

Laporan terhadap Raja Petra Kamaruddin dibuat oleh pegawai-pegawai atasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp).

Menurut agensi Bernama , laporan oleh Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (Jakim), Dr Abdul Ghani Mohamed (Yadim), Datuk Che Mat Che Ali (Jawi) dan Anan C Mohd (Maiwp) dibuat di balai polis Putrajaya kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

"Kami minta pihak berkuasa menyiasat tulisan-tulisan ini dan ambil tindakan sewajarnya supaya ia dapat jadi pengajaran kepada semua pihak sama ada muslim atau bukan muslim," kata Wan Mohamad.

Ditanya mengapa laporan itu dibuat setelah kerajaan mengharamkan blog berkenaan, Wan Mohamad berkata tiada jaminan bahawa Raja Petra tidak akan mengeluarkan artikel seperti itu di saluran yang lain.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS