Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan buat laporan polis terhadap Ahmad
Diterbitkan:  Sep 9, 2008 12:46 PM
Dikemaskini: 4:48 AM

Pemuda Gerakan hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang didakwa mempunyai unsur hasutan dan berbau perkauman.

Laporan itu dibuat Pengerusi Pemuda Gerakan Bahagian Tanjong H'ng Khoon Leng di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada jam 12.30 pagi ini.

"Saya harap kes ini akan disiasat dengan adil dan secepat mungkin, kita yakin dengan kecekapan polis," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Kenyataan Ahmad yang dilihat lebih bersifat 'serangan peribadi' itu didakwa telah menyentuh sensitiviti masyarakat Cina di negara ini, demikian menurut laporan Bernama.

Semalam Ahmad mengadakan sidang akhbar bagi menyatakan pendiriannya yang tetap tidak mahu memohon maaf kepada masyarakat Cina terhadap kenyataan yang di buat semasa ceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob ketika ditemui pemberita mengesahkan ada menerima laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Gerakan berhubung kenyataan Ahmad dan polis akan membuka fail siasatan mengenainya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS