Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini.

Beliau juga menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti politik.

matthias chang ibrahim ali police report 260608 03 “Saya belum ada ilham dan tidak ada minat untuk menyertai parti politik.

“Ketika ini saya mahu kekal bebas untuk memudahkan saya menegur mana-mana pihak,” katanya

Beliau minta mengulas usaha penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru dengan bantuan ahli Parlimen BN menyertai Pakatan.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS tetapi menjadi ahli Parlimen bebas.

' Belum tahu bila'

Beliau berkata, ketika ini beliau sedang mengkaji situasi politik negara sebelum membuat keputusan menjadi ahli parti.

“Berapa lama masa belum ditentukan tetapi tidak lama dan tidak cepat,” katanya.

Ibrahim berkata, sebagai ahli Parlimen bebas, beliau boleh berjumpa dengan semua ahli Parlimen dari mana-mana parti tanpa sebarang halangan.

Sebelum pilihanraya umum lalu, Ibrahim pernah mendakwa beliau menerima banyak tawaran dari parti politik kerajaan dan pembangkang supaya menyertai parti mereka.

Ibrahim pernah menjadi ketua Umno bahagian Pasir Mas sebelum dipecat pada 1995 kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Selain itu, beliau pernah menyertai Parti Melayu Semangat 46 yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah selepas bekas menteri kewangan itu kalah merebut jawatan presiden Umno dari Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan pada 1987.

ADS