Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Setuju bahagian tentukan p'alihan kuasa PM-Najib
Diterbitkan:  Sep 15, 2008 3:14 PM
Dikemaskini: 5:34 PM

Badan Perhubungan Umno Perlis bersetuju pelan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak ditentukan melalui bahagian Umno bagi mencerminkan suara

majoriti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata peralihan kuasa itu tidak semestinya terikat dengan Majlis Tertinggi Umno, lapor Bernama .

Mengikut pelan peralihan kuasa, Abdullah akan menyerah jawatan perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional dan presiden Umno kepada Najib pada Jun 2010.

Namun baru-baru ini Najib dilaporkan sebagai berkata bahawa peralihan kuasa itu harus ditentukan melalui mesyuarat bahagian Umno, manakala naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan tempoh peralihan kuasa itu terlalu lama.

Zahidi juga berkata Umno perlu diperkasakan semula agar ia akan kembali dihormati oleh pelbagai peringkat umur.

ADS