Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasan Malek buat laporan BPR
Diterbitkan:  Sep 18, 2008 1:19 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Malek yang mendakwa cuba disogok supaya menyertai pembangkang, telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata beliau membuat laporan itu dua hari lalu kerana tidak mahu bersekongkol dengan kumpulan ahli politik yang bermoral begitu rendah.

"Laporan ini dibuat tanpa arahan dari sesiapa, saya sendiri yang ambil inisiatif untuk lapor pada BPR," katanya kepada Bernama hari ini.

Hasan enggan menyatakan jumlah sebenar yang ditawarkan kepada beliau kerana tidak mahu siasatan tergganggu.

"Yang jelas dia janjikan saya masa depan saya yang cukup cerah. Itu masing-masing boleh intepretasikan," katanya.

ADS