Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bocor info MT tindakan 'jijik, petualang'
Diterbitkan:  Sep 22, 2008 6:59 PM
Dikemaskini: 11:27 AM

Muhammad Muhd Taib menyifatkan anggota Majlis Tertinggi (MT)

Umno yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup majlis itu sebagai "petualang", lapor Bernama .

Ketua penerangan Umno menambah, sebagai anggota MT, mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat.

"Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat, bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang.

"Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 71 penduduk di Sungai Panjang, dekat Tanjung Karang, yang rumah mereka rosak dilanda ribut semalam.

Muhammad mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik kenyataan ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyelar tindakan anggota MT yang berbuat demikian dan menyifatkannya

sebagai tidak amanah.

ADS