Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi

Tidak ada kemajuan dalam persepsi rasuah di Malaysia sejak tahun 2001 walaupun banyak janji-janji yang telah dibuat oleh pihak berkuasa untuk membasmikannya.

Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008 - yang mengukur tahap rasuah di sesebuah negara - Malaysia memperolehi 5.1 mata tahun lalu.

transparency international malaysia corruption perception index 2008 pc 230908 ramon navaratnamMata yang sederhana itu hanya sedikit berbeza daripada 4.9 hingga 5.1 mata yang diperolehi Malaysia sejak tahun 2001.

"Ini menunjukkan terdapat negara-negara yang mencatatkan kemajuan yang lebih baik daripada kita," kata Presiden Transparency International (Malaysia), Tan Sri Ramon Navaratnam.

Beliau merujuk kepada Singapura yang mendahului senarai bagi negara-negara di rantau Asia Tenggara, dengan mendapat 9.1 mata. Pada keseluruhannya, republik itu berada di tangga keempat di kalangan 180 negara yang dinilai.

Sebagai perbandingan, Malaysia berada di tangga 47 dalam senarai tersebut, berbanding pada tangga 36 pada tahun 2001 di kalangan 91 negara yang dinilai dalam indeks tersebut.

transparency international malaysia corruption perception index 2008 pc 230908 01Bagaimanapun, Malaysia masih berada di atas negara-negara lain di rantau ini seperti Thailand (3.5), Vietnam (2.7), Indonesia (2.6), Filipina (2.3), Kamboja (1.8) dan Burma (1.3).

Menurutnya, tahap rasuah yang tinggi yang masih wujud dalam ekonomi tersebut boleh menjejaskan perniagaan, kecekapan, menghalang atau melembabkan perniagaan dan menjadikan perniagaan lebih mahal dan berisiko tinggi.

Navaratnam juga berkata, lebih banyak yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membasmi rasuah.

Katanya, sementara usaha memerangi rasuah dalam sektor awam memerlukan kekuatan keazaman politik yang kuat, ini perlu disusuli dengan keazaman yang kuat dan berterusan untuk memperkukuhkan akauntabiliti.

bm version transparency international malaysia ranking in cpi from 2001 to 2008 230908"Satu budaya yang tidak bertolak ansur dengan rasuah juga perlu ditanam dalam budaya perkhidmatan awam. Pemimpin politik mesti memimpin melalui teladan dan cakap seperti bikin," katanya.

Beliau bagaimanapun memuji langkah kerajaan menubuhkan badan seperti Pemudah, sebuah badan petugas khas untuk membantu memulakan perniagaan secara mudah dan telus, tetapi menegaskan lebih banyak lagi yang boleh dilakukan.

Menurutnya, jumlah mata yang sederhana yang diperolehi Malaysia dalam CPI 2008 itu harus menjadi peringatan kepada kerajaan supaya meningkat usaha membasmi rasuah dan bukan setakat beretorik sahaja.

Selain pembaharuan institusi dan undang-undang, TI juga berkata , CPI Malaysia boleh ditingkatkan dengan memastikan keputusan dan transaksi kerajaan menjadi lebih telus.

bm version transparency international 2008 malaysia ranking corruption perception index 230908"Ini termasuk merombak Akta Rahsia Rasmi," kata Navaratnam.

Perolehan kerajaan,tambahnya, juga mesti lebih terbuka untuk membasmi rasuah.

Mengenai politik wang, Navaratnam menyarankan supaya calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya dan pemilihan parti politik lebih dihadkan dan dipertanggungjawabkan terhadap penggunaan wang dalam pilihanraya.

Ranking bagi CPI TI dibuat berdasarkan tahap persepsi rasuah di kalangan pegawai kerajaan awam dan ahli politik.

Indeks komposit ini mengumpul data dari pakar dan kajiselidik perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai institusi bebas. Berita asal

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.