Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Media dilarang siar isu Gani ganggu bukti kes Anwar
Diterbitkan:  Oct 8, 2008 2:09 PM
Dikemaskini: 6:30 AM

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan arahan kepada media agar tidak menerbitkan butiran dakwaan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengganggu bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 10 tahun lepas.

Hakim SM Komathy Suppiah mengarahkan sedemikian selepas meluluskan permohonan yang dikemukakan oleh ketua pihak pendakwa Datuk Yusof Zainal Abiden selepas penghujahan peguam bekas timbalan perdana menteri, Sulaiman Abdullah.

Peguam itu sebelumnya menghujahkan dakwaan pembabitan Abdul Gani itu sewaktu membantah keputusan pihak pendakwa memindahkan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi.

Pihak pembela membantah sijil pemindahan kes itu yang ditandatangani oleh Abdul Gani, yang kini sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan memalsukan bukti dalam kes Anwar sedekad lalu.

Komathy juga menangguhkan perkara itu esok untuk membolehkan Sulaiman meneruskan penghujahannya.

[Laporan penuh menyusul]

ADS