ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  Top 26 Sexiest Cartoon Babes
  Eeek! A Penis!!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Koh: 8 strategi untuk pulihkan Gerakan
Oct 11, 08 1:37pm
Pesiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, hari ini menggariskan lapan strategi parti, yang tewas teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, untuk memenangi semula hati dan minda rakyat Malaysia.
    
Beliau berkata yang pertama ialah perspektif Gerakan Malaysia dan pendekatan bukan perkauman untuk menganalisis isu utama nasional, merangka kedudukan dasar, mencadangkan penyelesaian yang bersesuaian dan diterima dan inisiatif untuk mempromosikan perpaduan nasional dan pembinaan negara.
    
Ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-37 di ibunegara hari ini, Koh yang memangku jawatan presiden parti sejak persaraan Tun Dr Lim Keng Yaik lebih setahun lepas, berkata Gerakan akan juga lebih lantang dalam membangkitkan pelbagai isu dan perhatian di peringkat persekutuan dan negeri.
    
Persidangan  perwakilan ini dirasmikan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin parti komponen BN dan diplomat.

“Gerakan akan melakukan dua peranan. Ia kan akan menjadi suara orang ramai dari dalam Barisan Nasional dan menuju kepada pembaharuan BN yang diwakili sebenar oleh semua rakyat Malaysia. Gerakan akan juga menjadi parti pembangkang yang konstruktif dan berkesan di negeri di bawah Pakatan Rakyat,” katanya dalam laporan Bernama.
    
Ketiga, Koh berkata Gerakan akan membina semula dan mengukuhkan parti dalam semua aspek untuk mengembalikan semula kepercayaan dan sokongan orang ramai dengan menubuh dan meneguhkan semula hubungan parti dengan orang ramai, meningkatkan perkhidmatan, menganjurkan aktiviti dan bersedia mendapatkan semula mandat orang ramai.
 
Keempat, parti ini juga bercadang untuk menemui semua dan menjalin perkongsian bijak dengan anggota masyarakat dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, bekerja untuk isu dan kepentingan bersama pada peringkat nasional, negeri dan tempatan.

Kelima parti ini akan bergerak dan memberikan motivasi kepada anggota parti dan mengambil masuk lebih ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik dan latar belakang budaya dengan tumpuan kepada belia dan wanita untuk menjadikan Gerakan sebuah parti pelbagai kaum yang sebenar, tambahnya.

Tingkatkan kualiti kepimpinan

 
Keenam, Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata parti ini akan meningkatkan moral dan kualiti pemimpin dan anggota melalui peningkatan dan menaiktaraf latihan dan program politik untuk meneguhkan komitmen ideologi, meningkatkan pengetahuan, menaiktaraf kepimpinan, pengurusan dan kemahiran komunikasi.
 
Ketujuh, beliau berkata untuk menguatkan semula dan mengubahsuai pertubuhan dan kemasukan parti pada semua peringkat dengan menguatkan lagi biro parti pada peringkat pusat dan negeri.
    
Kelapan, Koh berkata Gerakan akan memperbaiki lagi strategi komunikasi dan perhubungan awam untuk membolehkan orang ramai dan parti untuk lebih memahami dan menyokong.
 
"Inilah apa yang kita hendak lakukan bersama untuk menjenama semula dan mengkaji kedudukan Gerakan. Barulah, Gerakan boleh menjadi kuat semula dan mungkin lebih kukuh sebelum ini," kata beliau.
 
Beliau berkata Gerakan akan berperanan lebih konstruktif ke arah sebuah negara yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan maju untuk semua rakyat Malaysia, mengatasi sebarang halangan perkauman dan agama.

Katanya tugas untuk strategi ini akan dimulakan serta merta selepas persidangan ini, dengan Koh dan semua pemimpin pusat yang baru dipilih di peringkat jawatankuasa perhubungan negeri dan pemimpin akar umbi utama.

"Kita mesti bergerak ke setiap negeri dan bahagian. Kita mesti menemui sebanyak mungkin rakyat Malaysia. Kita mesti bergerak dan memberikan motivasi kepada diri kita sendiri. Lagi pun, parti kita dinamakan Parti Gerakan Rakyat Malaysia atau Parti Pergerakan Rakyat Malaysia. Nama itu mecerminkan parti ini sendiri," tambah Koh.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner