Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah khas perintah Tuanku Ja'afar bayar AS$1 juta
Diterbitkan:  Oct 15, 2008 2:52 PM
Dikemaskini: 4:13 PM

Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja hari ini mengarahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, membayar AS$1 juta (AS$1 = RM3.4) kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) selepas memutuskan Tuanku Ja'afar perlu mematuhi terma-terma dalam surat kredit.

Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan bank berkenaan terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong itu.

Menurut laporan Bernama, mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja'afar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.

Dalam penghakimannya setebal 32 muka surat, Abdul Hamid mengetepikan saman balas Tuanku Ja'afar terhadap bank berkenaan bagi mendapatkan perisytiharan bahawa bank itu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mengambil simpanan tetap baginda bagi melangsaikan bayaran AS$1 juta berkenaan.

Abdul Hamid juga memberi kebenaran kepada bank itu untuk mengambil jumlah wang yang disebut dalam penghakiman berkenaan daripada simpanan tetap Tuanku Ja'afar sejajar dengan surat berkaitan perkara itu yang bertarikh 9 Februari 1999.

Saman itu dikemukakan setelah Tuanku Ja'afar, pada atau kira-kira pada 12 Februari 1999, memperoleh melalui Standard Chartered Bank, satu surat kredit tunggu sedia (SBLC) bernilai AS$1 juta untuk Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika sebagai kemudahan kredit yang diberi kepada sebuah syarikat Amerika dikenali sebagai Texas Encore LLC (TEC).

TEC, yang bergiat dalam bidang pengeluaran getah tayar, sepatutnya menggunakan wang itu bagi membuka dan mengendalikan sebuah kilang yang terletak di kawasan kilang Ford Motors, di Detroit, Michigan, Amerika.

Bank berkenaan menuntut bayaran komisyen AS$999,772.44 pada kadar faedah 0.125 sebulan berkaitan Kemudahan SBLC itu, satu perisytiharan bahawa ia (bank itu) berhak mengambil jumlah tersebut serta bayaran komisen daripada simpanan tetap mengikut Surat Kebenaran, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Bank terbabit, yang terletak di Menara Standard Chartered di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, menyaman Tuanku Ja'afar setelah baginda gagal mematuhi terma yang terkandung dalam permohonan kredit (DCA).

Dalam pernyataan tuntutannya, bank itu berkata, dalam DCA berkenaan, Tuanku Ja'afar membuat akujanji untuk melindunginya daripada semua kerugian, kos, ganti rugi, perbelanjaan dan tuntutan, yang mungkin ditanggungnya berikutan pengeluaran atau pemberian kredit itu.

Bank itu mendakwa bahawa Tuanku Ja'afar juga berjanji untuk menyediakan dana kepadanya bagi melangsaikan bayaran berkaitan kredit berkenaan, termasuk semua bayaran faedah, komisen, caj dan perbelanjaan.

Tuanku Ja'afar juga mengeluarkan Surat Kebenaran bertarikh 2 September 1999 berhubung simpanan tetap sebanyak RM4.18 juta atas nama baginda sebagai sekuriti bagi SBLC.

Bank itu mendakwa sejajar dengan terma Kemudahan SBLC yang tidak boleh diubah dan DCA berkenaan, ia berhak mendapat bayaran daripada defendan sejumlah AS $999,772.44.

Bagaimanapun, dalam pernyataan bela diri dan saman balas baginda, Tuanku Ja'afar mendakwa bahawa selepas SBLC itu dikeluarkan, selama beberapa bulan, TEC tidak memaklumkan kepada baginda tentang sebarang perkembangan mengenai pembinaan kilang TEC.

Tuanku Ja'afar bertitah bahawa berikutan tiadanya sebarang khabar tentang perkembangan projek itu, baginda berasa bimbang dan dalam surat bertarikh 6 April 1999 kepada bank itu, baginda meminta agar SBLC itu digantung.

Dalam penghakimannya, Abdul Hamid membuat keputusan bahawa SBLC yang dikeluarkan melalui Standard Chartered Bank oleh Tuanku Ja'afar itu tidak dibatalkan atau dimansuhkan secara undang-undang.

"Kami berpendapat bahawa sesuatu SBLC yang tidak boleh diubah, hanya boleh dibatalkan atau dimansuhkan dengan persetujuan penerimanya, iaitu CBC. Dalam kes

"Kami berpendapat bahawa sesuatu SBLC yang tidak boleh diubah, hanya boleh dibatalkan atau dimansuhkan dengan persetujuan penerimanya, iaitu CBC. Dalam kes ini, tidak terdapat sebarang respons daripada pihak yang menerimanya. Adakah SBLC ini telah dibatalkan atau dimansuhkan? Jawapan kami ialah tidak," kata beliau.

Abdul Hamid berkata pihak yang dituntut supaya bertanggungjawab ialah Standard Chartered Bank, sebagai bank pengeluar dan mahkamah berpendapat bahawa sikap berdiam diri oleh CBC tidak boleh dianggap sebagai tanda memberi kebenaran.

Beliau berkata hujah yang dikemukakan Datuk Cyrus Das, peguam utama yang mewakili Tuanku Ja'afar, bercanggah dengan pengakuan yang terkandung dalam pernyataan tuntutan baginda.

Abdul Hamid berkata mengikut undang-undang, pihak yang terbabit terikat dengan pengakuan masing-masing dan peguam tidak boleh Selain Dr Das, Tuanku Ja'afar diwakili peguam K. Mohan, Kevin Prakash dan Shamsul Bahrin Manaf. Dr Das tidak hadir di mahkamah kerana berada di luar negara.

Bank berkenaan diwakili peguam Robert Lazar, Rabindra S. Nathan dan Nad Segaran.

Sementara itu, Abdul Hamid juga mempelawa jurufoto akhbar mengambil gambar suasana di alam mahkamah, memandangkan hari ini adalah hari terakhir beliau bersidang ebagai hakim.

Beliau akan bersara Jumaat ini.

Sebaik saja beliau membuat pelawaan itu, anggota polis yang bertugas di ahkamah berkenaan memanggil jurufoto yang menunggu di luar untuk merakamkan eadaan di dalam premis berkenaan.

Mereka mengambil masa kira-kira tiga minit untuk memanfatkan peluang itu, yang mungkin datang hanya sekali saja dalam hidup masing-masing.

ADS