HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
DAP berforum isu cerpen kontroversi
Okt 21, 08 11:50am
kemaskini 5:33pm Selepas mengkritiknya di Parlimen dan membawanya ke balai polis, DAP terus membangkitkan cerpen kontroversi 'Politik Baru YB J', yang mengisahkan pembunuhan seorang ahli parlimen wanita Cina, dalam forum.

Karya kreatif Datuk Chamil Wariya, bekas pengarang kanan Utusan Malaysia, didakwa mempunyai kaitan dengan wakil rakyat parti itu Teresa Kok.

Chamil, yang juga ketua pegawai eksekutif Institut Akhbar Malaysia, bagaimanapun menafikannya.

Selain Teresa sendiri dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang sebagai pembicara, forum bertajuk 'Assassinating a YB versus Press Freedom' turut disertai ahli parlimen PAS Khalid Samad, ahli akademik Dr Azmi Sharom, peguam Haris Ibrahim dan editor Rocket Wan Hamidi Hamid.

Forum, yang terbuka kepada orang ramai dan dijadual bermula jam 8 malam Khamis ini selama lebih dua jam, diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur.

Dihubungi Malaysiakini semalam, Chamil turut menolak dakwaan bahawa karyanya itu "menganjurkan kekerasan dan bermain dengan api" kerana memuatkan babak pembunuhan ahli politik.

Khamis lepas, DAP membuat laporan polis berhubung cerpen itu yang diterbitkan di Mingguan Malaysia, 12 Oktober lepas, dengan dakwaan ia ditujukan kepada Teresa, yang juga exco kanan kerajaan Selangor.

Manakala Lim pula membidas karya itu di Dewan Rakyat minggu lepas dengan menyifatkan 'Politik baru YB J' itu sebagai "tidak bertanggungjawab".

Sementara itu, sambil mengutuk penerbitan cerpen itu, sekumpulan NGO termasuk gerakan wanita dan mahasiswa mendesak pengarangnya dan akhbar berkenaan memohon maaf dan menarik balik karya itu.

"Untuk menyatakan kekesalannya, pengarang boleh berkhidmat kepada masyarakat di salah sebuah pusat khidmat Yang Berhormat itu (Teresa)," kata 18 organisasi tersebut dalam kenyataan bersama.
Badan-badan itu termasuk All Women Action Society (Awam), Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Sisters in Islam (SIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Bantuan Wanita (WAO).
 
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner