Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shahrir: Penurunan harga minyak dijangka tidak melebihi 15 sen
Diterbitkan:  Oct 25, 2008 5:53 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul

Samad.

Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.

"Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan penguasaha stesen minyak di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, harga petrol dan diesel akan dikurangkan secara berperingkat sehingga ke paras harga yang berpatutan kepada pengguna.

Harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter pada 15 Oktober lalu sementara harga petrol RON92 dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 seliter manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20 seliter.

Keputusan penurunan yang dijangka dicapai pada mesyuarat Kabinet pada 31 Oktober ini, merupakan penurunan kali keempat selepas kerajaan mengumumkan menaikkan harga minyak pada 4 Jun lepas.

ADS