Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Firma perakaunan terkenal PricewaterhouseCoopers (PWC) mula menjalankan audit terhadap projek kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), antaranya melibat pinjaman mudah berbilion ringgit yang diberikan oleh kerajaan.

Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Lee Hwa Beng memberitahu Malaysiakini enam anggota pasukan audit itu yang diketuai oleh seorang pengurus kanan PWC mulakan tugas mereka awal bulan ini.

Siasatan itu dijangka siap penghujung tahun ini.

"Sama ada laporan (audit) ini diumumkan kepada orang ramai akan ditentukan oleh menteri pengangkutan (Datuk Ong Tee Keat)," katanya.

port klang free zone pkfz audit Tambahnya, pasukan audit diberikan kuasa menemubual semua kakitangan PKFZ, termasuk yang telah berhenti, dan juga ahli-ahli lembaga pengarahnya.

Surat-surat berhubung siasatan itu telah dihantar kepada pihak-pihak berkenaan dan individu terbabit.

"Kita berharap semua orang akan memberikan kerjasama kepada juruaudit tersebut," kata Lee.

Tambahnya, pelantikan sebuah firma audit antarabangsa bertujuan memberikan keyakinan bahawa siasatan itu dijalankan oleh satu badan bebas.

Mengulas kelewatan siasatan pasukan auit itu, yang diumumkan pada Mei lepas, Lee berkata ia disebabkan keperluan prosedur.

Baca berita penuh di sini


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS