Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Debat: Khairy jelaskan kepada Hisham
Diterbitkan:  Oct 30, 2008 3:59 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Naib ketua Pemuda Umno bercadang bertemu Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung cadangannya mengadakan debat terbuka bagi calon-calon jawatan teratas pergerakan itu.

Selain menjelaskan perkara itu, Khairy Jamaluddin juga ingin meminta restu daripada ketuanya.

"Saya akan jumpa beliau dalam masa terdekat untuk jelaskan mengenai cadangan itu dan minta restu.

"Terserah kepada beliau untuk teruskan (cadangan debat) atau tidak," katanya di sisi forum 'Dialog Barat-Islam: Kedudukan kita dan hala tuju kita' di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) hari ini.

Semalam, Hishammuddin mahu anggota pergerakan itu merujuk kepadanya terlebih dahulu berhubung isu debat antara calon ketua sayap kanan parti berkenaan kerana beliau masih menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno hingga Mac depan.

Seorang lagi calon bagi jawatan itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo

menyahut cabaran Khairy untuk berdebat bagi menjelaskan pendirian dan pelan masing-masing.

Bagaimanapun Datuk Mukhriz Mahathir yang mendapat pencalonan paling tinggi untuk merebut jawatan tersebut tidak bersetuju dengan debat itu dengan alasan ia hal-ehwal dalaman Umno dan tidak wajar dilakukan secara terbuka.

ADS