PM: Umno T'ganu tidak boleh sekat calon bertanding...
Jimadie Shah Othman
Okt 31, 08
7:13pm
Badan Perhubungan Umno Terengganu tidak boleh mengeluarkan arahan melarang exco kerajaan negeri daripada bertanding merebut jawatan ketua bahagian dalam pemilihan Umno sekarang, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

"Arahan itu tidak boleh dikeluarkan, sebenarnya salah," kata presiden Umno dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

"Kita tidak boleh halang sesiapa yang berhak dan layak untuk bertanding...," tambahnya.

Perdana menteri menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said bahawa beberapa exco negeri akan digugurkan kerana membelakangkan arahan kepemimpinan Umno negeri supaya tidak bertanding jawatan utama dalam pemilihan bahagian.

Seorang daripada mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad yang memenangi jawatan ketua bahagian Marang baru-baru ini.

Beliau menewaskan penyandang jawatan tersebut, Datuk Abdul Rahman Bakar pada 25 Oktober lalu, dengan kelebihan majoriti 198 undi.

Ahmad juga dilaporkan berkata, Yahya akan diminta meletak jawatan exco berikutan 'kedegilannya' mengingkari nasihat beliau supaya tidak menentang ketua bahagian sedia ada.

Selain Yahya, Ahmad Said yang juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri mengesahkan bahawa dua lagi ahl exo akan digugurkan pada rombakan Exco yang akan dilakukannya pada pertengahan bulan depan.

Katanya, beliau sebelum ini menjangkakan semua exco akur nasihat badan perhubungan Umno negeri.

Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner