Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Umno bahagian Gua Musang hari ini mencalonkan gandingan Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Shahrir Samad untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden Umno.

ku li tengku razaleigh and umno agm 241106 encalonan itu dibuat dalam mesyuarat perwakilan bahagian tersebut yang berlangsung di Dewan rakyat Bukit Cekati, Gua Musang pagi tadi.

Ini merupakan pencalonan pertama yang diperolehi oleh Tengku Razaleigh yang sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden.

Tengku Razaleigh adalah ketua bahagian Gua Musang. Begitu juga dengan Shahrir kerana ini merupakan kali pertama beliau pernah dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Ini dilihat sebagai satu perkembangan yang menarik kerana kedua-duanya adalah anggota 'Team B' yang diketuai Tengku Razaleigh ketika beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

shahrir samad interview 250907 smiles Bagaimanapun, Shahrir tidak menyertai Parti Semangat 46 yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh.

Sebaliknya, Shahrir serta beberapa lagi penyokong Team B kekal dalam Umno.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden pula, Gua Musang mencalonkan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan sri Isa Samad, bekas timbalan menteri kewangan, Datuk Mohd Afifuddin Omar, serta Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Halimah Sadique.

Sehingga ini, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperolehi 105 pencalonan untuk jawatan presiden.

Manakala tiga lagi calon timbalan presiden ialah Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang telah mendapat 65 pencalonan, Datuk Mohd Ali Rustam (23) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (17).

Dalam pemilihan 2004 lalu, Tengku Razaleigh turut menawarkan diri bertanding jawatan presiden yang ketika itu disandang oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau bagaimanapun mendapat satu pencalonan sahaja - juga dari bahagiannya sendiri - Gua Musang.

Sehingga ini 106 bahagian Umno - termasuk Gua Musang - telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

Apakah ada bahagian lagi yang akan menurut jejak langkah Gua Musang mencalonkan Tengku Razaleigh bergandingan dengan Shahrir.

Jawapannya akan diketahui apabila 85 bahagian lagi mengadakan mesyuarat masing-masing mulai hari ini hingga 9 November depan.

ADS