Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Helikopter: BPR sudah mula siasatan
Diterbitkan:  Nov 1, 2008 4:29 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah mula membuka kertas siasatan berhubung pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar bagi mengantikan helikopter Nuri.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ahamd Said Hamdan berkata siasatan tersebut dibuat berikutan kritikan sesetengah pihak mengenai harganya yang terlalu mahal dan didakwa dipengaruhi pihak tertentu.

Bernama memetik beliau sebagai berkata kertas siasatan tersebut baru dibuka selepas menerima maklumat daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.

"Dokumen dan maklumat penting dah dapat daripada PAC dan kita baru sahaja membuka kertas siasatan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Latihan Ujian Menembak BPR di Lapang Sasar Mantin di Nilai hari ini.

Beliau berkata kes tersebut akan disiasat yang merangkumi semua aspek termasuk prosedur pemilikan dan juga rasuah.

"Ini termasuk semua aspek termasuk rasuah. Kita akan lihat prosedur seperti adakah kepincangan dalam prosedur dan beberapa aspek lain yang terdapat dalam prosedur itu," katanya.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menteri pertahanan mengumumkan bahawa kerajaan menangguhkan pembelian 12 helikopter itu yang berharga RM1.679 bilion sehingga keadaan ekonomi dunia stabil.

Beliau berkata kerajaan terpaksa menumpukan perhatiannya kepada projek yang lebih penting yang boleh memberikan manfaat kepada orang ramai.

ADS