HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
PAS calonkan bekas bendahari PKR ketuai PKNS
Jimadie Shah Othman
Nov 6, 08
3:09pm
kemaskini 6:56pm PAS Selangor mencalonkan bekas bendahari agung PKR Abdul Rahman Othman untuk mengambil alih teraju utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kini dipangku oleh Low Siew Moi.

Timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS itu pada asalnya dijadual memangku jawatan pengurus besar perbadanan tersebut selama setahun sebelum ia mencetuskan kontroversi kerana Low bukan pemimpin Melayu.

Susulan siri bantahan itu, exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membincangkan pengganti Low.

Dr Hasan, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, dilaporkan berkata, menteri besar bersedia memendekkan tempoh Low jika PAS mendapatkan calon penggantinya yang berkaliber dan berpengalaman.

abdul rahman othmanAbdul Rahman (foto), pernah bergiat dalam Umno bahagian Muar sebelum menyertai parti pembangkang, kini menyertai PAS. Ahli perniagaan itu berkelulusan dalam bidang perakaunan.

Ketua penerangan PAS negeri Saari Sungib berkata, seorang lagi calonnya tokoh korporat, Mohd Yusof Khan.

Katanya, pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman kedua-duanya dalam bidang pengurusan organisasi besar yang diperlukan untuk memajukan lagi perbadanan itu.

Nama Mohd Yusof, tambah wakil rakyat Hulu Kelang, dicadangkan kira-kira sebulan sebelum pelantikan Low, manakala nama Abdul Rahman dicalonkan kepada menteri besar, kelmarin.

Menurutnya lagi, pencalonan itu dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat dewan harian PAS Selangor baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad ketika dihubungi mengesahkan pencalonan Abdul Rahman.

Menurut beliau, seramai 20 calon dipertimbangkan untuk mengisi jawatan penting itu, 15 daripada mereka calon luar PKNS dan selebihnya pegawai kanan perbadanan itu.

"Jawatankuasa pemilihan akan memilih dua hingga tiga nama yang kemudiannya akan dimuktamadkan dalam mesyuarat bersama majlis tertinggi Pakatan Rakyat," katanya, yang juga ahli parlimen Shah Alam.

Jumaat lalu, lembaga pengarah syarikat kerajaan negeri itu dilaporkan sedang mempertimbangkan 15 permohonan daripada profesional bumiputera untuk mengisi jawatan pengurus besar PKNS.

Permohonan itu akan diteliti oleh jawatankuasa pemilihan yang dianggotai ketua setiausaha kerajaan Datuk Ramli Mahmud, pegawai kewangan negeri Datuk Mohd Ariff Ab Rahman, peguam Zain Azhari dan akauntan bertauliah Datuk Azlan Hashim.

Malaysiakini difahamkan semua nama calon diserahkan kepada panel penilaian hari ini.
 
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner