Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis surai perhimpunan, kira-kira 24 ditahan
Diterbitkan:  Nov 9, 2008 10:21 PM
Dikemaskini: Nov 10, 2008 2:58 AM

bersih 1st year anniversary pj vigil arrest 111108 lotus Anggota polis anti-rasuah bertindak menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di Pusat Sivik Petaling Jaya malam ini.

Pihak polis mula bertindak ketika mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku dan bersedia untuk beredar. Sebelum itu, mereka mendengar ucapan ringkas dari beberapa ahli politik.

0rang ramai berjalan menuju ke pusat tersebut sejurus selepas jam 9.30 malam, selepas pihak polis mengarahkan mereka bersurai dari Padang Timur, kira-kira satu kilometer dari situ,. Mereka hadir di padang itu untuk menyertai majlis memasang lilin.

Ketika orang ramai berkumpul di Pusat Sivik itu, sepasukan anggota polis anti-rusuhan dan trak meriam air tiba di situ.

Sejurus kemudian, anggota polis mula menyuraikan orang ramai dengan menggunakan perisai mereka.

bersih 1st year anniversary pj vigil arrest 111108 tony pua Dalam keadaan tersebut, polis menahan ahli Parlimen PJ Utara dari DAP, Tony Pua, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San serta kira-kira 22 orang lain. Turut ditahan ialah juruvideo Malaysiakini Shukri Mohamad.

"Saya sedang merakam gambar trak meriam air apabila seorang anggota polis mengarahkan saya berhenti berbuat demikian, Dia mengarahkan saya menyerahkan kamera dan pita rakaman. Saya berpusing dan beredar dari situ apabila saya ditahan," kata Shukri ketika dihubungi.

Menurut saksi, Pua dikasari dan ditolak masuk ke dalam Black Maria . Anggota polis juga dilihat mengejar orang ramai hingga ke dalam sebuah restoran yang terletak di hadapan Pusat Sivik tersebut.

Majlis pasang lilin

Mereka yang ditahan, dibawa ke balai polis PJ. Sekumpulan kecil berhimpun di luar balai sebagai tanda sokongan terhadap mereka yang ditahan, sambil diawasi oleh sepasukan anggota polis anti-rusuhan.

bersih 1st year anniversary pj vigil arrest 111108 singing negaraku Sebelum ini, majlis memasang lilin anjuran Bersih malam ini dihalang oleh pihak polis yang berkeras meminta mereka yang menyertai perhimpunan itu bersurai.

Majlis tersebut dijadual bermula jam 9.30 malam di Padang Timur yang terletak berdepan dengan Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, pihak polis telah mengadakan sekatan di jalan-jalan menuju ke tempat berkenaan seawal jam 7 malam.

Dan apabila hampir jam 9.30 malam, pihak polis meminta orang ramai yang berhimpun di kawasan itu supaya bersurai.

Orang ramai kemudiannya bergerak menuju ke arah Amcorp mall, di mana mereka dan pihak polis masing-masing "tunggu dan lihat".

bersih 1st year anniversary pj vigil arrest 111108 rpk ronnie tony bala Antara yang hadir ialah Raja Petra Kamaruddin yang baru dibebaskan oleh mahkamah dari tahanan ISA, Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan peguam Harris Ibrahim.

Dan kemudiannya pada jam 9.30 malam, pihak penganjur memberitahu orang ramai di situ supaya bersurai bagi mengelak sebarang masalah dengan pihak polis.

Mereka beredar selepas menyanyikan lagu Negaraku .

Sebahagian daripada orang ramai di situ kemudiannya memutuskan untuk mengadakan perarakan mini dari padang tersebut menuju ke Dewan Sivik PJ, yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.

Baca berita penuh

ADS