Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ayah Pin berada di T'ganu baru-baru ini, kata polis
Diterbitkan:  Nov 13, 2008 2:10 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Muhamad, 65, yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat, kini dilaporkan pernah pulang di Terengganu baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya.

Ayah Pin and burnt stuff "Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air.

"Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa.

Menurut laporan Bernama, beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ucap utama pada seminar Memperkasakan Pentadbiran Keadilan Di Mahkamah Syariah di Universiti Islam

Antarabangsa di Gombak dekat sini.

Musa berkata, tindakan tidak dapat diambil Ariffin disebabkan tidak ada penyelarasan penguatkuasaan antara Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan polis

Namun, katanya, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu mengenai sebab Ariffin tidak perlu ditahan.

Elak kepincangan

Musa berkata penyelarasan Undang-undang Syariah antara Jabatan Agama Islam dan Polis Diraja Malaysia perlu diperbaiki lagi bagi mengelak kepincangan terutama dari segi penguatkuasaan.

"Polis hanya membantu Jabatan Agama Islam terutama dari segi penguatkuasaan kita tidak mahu timbul persoalan di kalangan masyarakat yang menyatakan Jabatan Agama Islam dan polis tidak serius dalam menjalankan tugas mereka," katanya.

Satu lagi isu berhubung penyelarasan antara Jabatan Agama Islam dan PDRM yang turut dibangkitkan oleh Musa ialah tentang pemberian jaminan kepada mereka yang ditahan di bawah Undang-undang Syariah.

Dalam kes khalwat contohnya, ia merupakan kes yang dibenarkan untuk diikatjamin tetapi terdapat pegawai Mahkamah Syariah yang tidak membenarkan ikatjamin dikeluarkan "hingga menimbulkan pergeseran antara polis dan Jabatan Agama Islam", katanya.

"Jamin hanya tidak dibenarkan sekiraya alamat dan tempat tinggal mereka yang ditahan diragui oleh pihak kita (polis dan Jabatan Agama Islam). Kalau tahu di mana tempat tinggal mereka, tahu mereka tidak akan larikan diri, jamin harus diterima.

"Masalah ini yang kadangkala menyebabkan timbul pergeseran dan kita perlu berbincang agar pergeseran tersebut tidak timbul lagi," katanya.

Soal tuntut jenazah

Musa berkata isu murtad juga perlu ditangani sebaik mungkin agar tiada keraguan dan ketidakfahamanan timbul terutama dalam kalangan bukan Islam terhadap undang-undang Islam.

musa hassan police igp pc 250607 stern "Kena periksa betul-betul sama ada sudah masuk Islam atau tidak. Saya pernah mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) agar memanggil keluarga yang hendak memeluk agama Islam agar mereka tahu kedudukan sebenar bagi mengelakkan timbul rasa tidak puas hati terutama dari soal tuntutan jenazah dan pengkebumian," katanya

Musa berkata jalinan kerjasama erat antara PDRM dan Mahkamah Syariah yang telah lama terjalin terutama dalam proses penyampaian waran tangkap akan terus dipertingkatkan lagi.

Katanya beliau akan memohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambah jumlah jawatan bagi meletakkan pegawai-pegawai polis di Mahkamah Syariah untuk melancarkan lagi perjalanan di mahkamah itu.

.

ADS