Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA bantah keras cadangan bekas CJ
Diterbitkan:  Nov 14, 2008 11:19 AM
Dikemaskini: 7:48 AM

MCA membantah keras cadangan bekas Ketua Hakim Negara (CJ), Tun Abdul Hamid Mohamad supaya undang-undang lazim dan undang-undang Syariah di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.

judges conference 090408 abdul hamid smile Abdul Hamid dilaporkan berkata, pendekatan itu mampu direalisasikan kerana hakim yang sama boleh mendengar kedua-dua kes sivil dan Syariah manakala peguam bukan Islam berhujah mengenai isu yang melibatkan undang-undang Syariah.

Beliau membuat cadangan itu ketika memberi syarahan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Harvard baru-baru ini. Abdul Hamid dijemput menyertai program Pengajian Undang-Undang Islam bagi membentangkan syarahan Al-Razzaq Al-Sanhuri bertajuk ‘Mengharmonikan Undang-Undang Lazim dan Undang-Undang Syariah di Malaysia: Satu Pendekatan Praktikal’.

Mengulas cadangan tersebut, Pengerusi Biro Undang-undang MCA, Datuk Leong Tang Chong berkata cadangan itu akan menyebabkan bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Syariah.

"Cadangan yang dibuat oleh Tun Abdul Hamid itu akan memaksa bukan Islam tertakluk kepada bidangkuasa Syariah dalam semua perkara perundangan, termasuk kes antara agama yang berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian," kata Leong dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, sebarang langkah memaksa bukan Islam tertakluk kepada bidangkuasa Syariah melanggar Artikel 11, Perlembagaan Persekutuan.

Artikel tersebut, katanya, menjamin kebebasan agama sepenuhnya kepada semua pihak untuk menganut dan mengamalkan agama emereka, mengikut peruntukan undang-undang.

Oleh itu, kata Leong, kebebasan hakim mahkamah sivil hendaklah dikekalkan di bawah kuasa mahkamah sivil dan tidak tertakluk kepada interpretasi Syariah.

Beliau menyifatkan cadangan Tun Abdul Hamid supaya digabungkan kedua-kedua mahkamah tersebut sebagai 'tidak bertanggungjawab' kerana Malaysia adalah negara pelbagai bangsa dan agama.

Cadangan tersebut, tegas Leong lagi, boleh menimbulkan rasa tidak senang dan juga kebimbangan serta keraguan di kalangan mereka yang menganut agama selain dari Islam.

ADS