Rosnah tetap tanding ketua Puteri
Nov 20, 08 5:57pm
Naib Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata beliau akan bertanding merebut jawatan ketua Puteri Umno Mac depan.

Komitmen itu, kataya, berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima dari Puteri bahagian yang selesai bersidang baru-baru ini.

rosnah abdul rashidMenurut Bernama, kenyataan Rosnah yang juga ahli Parlimen Papar itu, sekaligus menolak desas-desus kononnya beliau akan mengundur diri seperti yang dilapor sebuah akhbar hari ini.

"Apa yang saya maksudkan ialah kompromi di kalangan calon-calon ketua Puteri sukar dilakukan kerana faktor usia, jumlah calon yang ramai dan jumlah pencalonan yang diterima oleh calon berkenaan.

"Saya cuma bersetuju supaya semua calon duduk bersama berbincang bagaimana mengelak perpecahan dalam melalui pertandingan dan bukannya berkompromi," katanya hari ini.

Rosnah berkata laporan akhbar yang mengaitkan kesedian beliau berkompromi bagi mengelak perpecahan parti telah membawa tafsiran negatif kepada penyokongnya di seluruh negara.

Beliau berkata soal kompromi agak sukar untuk dicapai dalam pergerakan itu pada masa ini berdasarkan keadaan senario politik terkini.

"Saya cuma bersetuju jika ada inisiatif daripada pucuk pimpinan untuk mengajak semua calon duduk berbincang bagi mengelak perpecahan.

"Ini penting bagi memastikan keutuhan parti kerana kita juga bimbang kempen yang melampaui batasan etika dan peraturan parti serta budaya politik wang boleh melemahkan Umno," katanya.

Dalam hal ini, Rosnah berkata semua pihak perlu mengutamakan kepentingan parti dan bukan kepentingan peribadi.
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner