10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Rafidah didesak beri laluan pada Shahrizat
Muda Mohd Noor | Nov 20, 08 6:49pm
Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz digesa supaya memberi laluan kepada naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk menerajui pergerakan itu Mac ini.

Gesaan tersebut dibuat oleh beberapa ketua Wanita Umno peringkat bahagian dan negeri bagi mengelak berlaku perpecahan sekiranya berlaku pertandingan bagi jawatan tersebut.

Ini ekoran pengumuman Shahrizat hari ini yang akan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Wanita Mac ini.

Selepas 191 bahagian selesai bermesyuarat, Shahrizat mendapat 73 pencalonan dan melepasi kelayakan minima untuk bertanding jawatan itu.

Manakala Rafidah pula mendapat 117 pencalonan.

Ahli jawatankuasa Wanita Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, sentimen ahli Wanita di seluruh negara mahu Shahrizat menerajui pergerakan tersebut.

"Saya berharap Rafidah faham dengan situasi yang berlaku iaitu mereka mahu Shahrizat sebagai ketua Wanita," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam, Pulau Pinang menegaskan demikian sebagai mengulas keputusan Shahrizat bertanding jawatan ketua Wanita Mac ini.

‘Rafidah tetap dikenang'

Shahrizat membuat keputusan tersebut dalam satu kenyataan media petang tadi.

Zabariah yang juga ketua Wanita bahagian Kepala Batas berkata, Shahrizat boleh mengembalikan semua kewibawaan Wanita Umno setelah kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.

Sementara itu, Bendahari Wanita Umno Melaka, Latipah Omar pula berkata, Rafidah patut memberi laluan kepada Shahrizat untuk menjadi ketua Wanita.

"Usah malu untuk memberi laluan kerana masanya telah tiba untuk beliau berundur.

"Jika beliau berundur sekalipun, orang tidak memandang rendah kepadanya," tegasnya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Saya mengalu-alukan keputusan Shahrizat bertanding jawatan ketua, malah sepatutnya beliau mengumumkan lebih awal lagi," katanya.

Manakala Exco Wanita Umno, Raja Ropiah Raja Abdullah pula berkata Rafidah tidak perlu berkeras mahu mempertahankan jawatan ketua Wanita.

Sebaliknya, katanya, beliau perlu memberi laluan kepada Shahrizat bagi mengelak perpecahan dalam pergerakan tersebut.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner