Keluarga bekas suami diwajib bayar nafkah
Nov 20, 08 8:12pm
Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 akan dipinda untuk membolehkan wanita yang diceraikan mendapat
hak tuntutan nafkah wajib daripada keluarga terdekat bekas suami seperti bapa ataupun adik-beradik suaminya.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Ibrahim Lembut berkata undang-undang keluarga Islam sedia ada tidak menyatakan dengan jelas tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah wajib kepada isteri ataupun anak setelah bercerai, lapor Bernama.

"Draf ini akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu sebelum dibawa ke Parlimen untuk diluluskan dan ia dijangka dibuat dalam tempoh masa terdekat," beliau dipetik berkata selepas majlis JKSM bersama masyarakat peringkat negeri Sarawak hari ini.

Ibrahim berkata jumlah kes membabitkan kegagalan suami membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak memang besar, dan ia bukan sahaja berlaku kepada suami yang tidak mampu untuk memberi nafkah malah juga kepada golongan berada tetapi sengaja tidak mahu memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata sekiranya pindaan undang-undang tersebut diluluskan, ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain melalui pindaan di dewan undang negeri masing-masing.
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner