10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Penyokong Rafidah sedia jumpa PM
Muda Mohd Noor | Nov 21, 08 3:40pm

Kumpulan penyokong Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz sedia menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jika diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun, Setiausaha Kerja Wanita Umno, Datuk Faridah Abu Hassan menafikan desas-desus yang mengatakan mereka bercadang untuk menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini.

Mereka juga menafikan dakwaan yang mengatakan kumpulan penyokong Rafidah menunggu kepulangan perdana menteri dari lawatan rasmi lima hari ke Uzbekistan dan Turkmenistan malam tadi.

rafidah azizAbdullah bersama isteri Datin Seri Jeanne Abdullah tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 9.30 malam tadi.

Menurut Faridah, sehingga hari ini, belum ada sebarang jemputan dari perdana menteri.

Beliau juga mengatakan Rafidah tidak akan mengadakan sidang akhbar pagi esok seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Sebaliknya kata Faridah, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan para penyokong di kediamannya pagi esok.

Semalam, Naib Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan bertanding mencabar Rafidah bagi jawatan tersebut.

Manakala hari ini, dalam satu kenyataan, Rafidah berkata beliau akan mempertahankan jawatan tersebut.

Menurutnya, terpulang kepada perwakilan untuk memilih siapakah yang bakal menerajui pergerakan tersebut Mac ini.

Selepas 191 bahagian selesai bermesyuarat, Rafidah mendapat 117 pencalonan untuk mengekalkan jawatannya.

Manakala Shahrizat yang juga penasihat hal ehwal pembangunan wanita dan sosial kepada perdana menteri, mendapat 73 pencalonan.



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner