10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Politik wang: Muhd Taib serah pada lembaga disiplin
Muda Mohd Noor | Nov 26, 08 1:42pm

Calon timbalan presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk menyiasat dakwaan bahawa ada calon bagi jawatan tersebut yang terbabit dalam politik wang.

muhammad muhd taibPada masa yang sama, beliau yang juga ketua penerangan Umno berkata, Umno juga perlu mewujudkan satu cara pemilihan yang boleh mengelak berlaku politik wang.

"Cara-cara yang menyebabkan politik wang, perlu dihapuskan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan satu pemeran lukisan di ibunegara hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat aduan calon timbalan presiden dalam terbabit politik wang.

Muhd Taib yang juga pengerusi Umno Selangor berkata, Umno boleh kembali kepada sistem pemilihan asal, iaitu hanya dua pencalonan untuk layak bertanding.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila ditanya sama ada Dr Mahathir patut mendedahkan nama calon terbabit.

Perhimpunan agung Umno Mac depan akan turut menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan Umno.

Selepas 186 daripada 191 bahagian Umno selesai bermesyuarat, Datuk Seri Najib menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, selain Muhd Taib, turut layak bertanding ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagi jawatan naib presiden pula, lapan orang layak bertanding. Mereka ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin, Datuk Shafie Apdal, Datuk Syed Hamid Albar, Tan Sri Isa Samad, Datuk Jamaluddin Jarjis dan Datuk Rais Yatim.

Lima lagi bahagian tidak dapat bermesyuarat dalam tempoh sebulan yang diperuntukkan sebelum ini - 9 Oktober hingga 9 November - atas masalah teknikal.

Ibupejabat Umno telah mengarahkan kelima-lima bahagian tersebut mengadakan mesyuarat mereka bulan ini.

Jawatan ketua Wanita juga bakal menyaksikan pertembungan antara penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz dengan Naibnya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

 



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner