10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Saiful terkilan kelewatan perbicaraan kes liwat Anwar
Abdul Rahim Sabri | Nov 27, 08 1:37pm
Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terkilan dengan kelewatan perbicaraan kes tersebut.

mohd saiful bukhari azlan at jawi 271108Bercakap kepada pemberita selepas hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini, Mohd Saiful berkata:

"Saya bersemangat menunggu perbicaraan, walaupun terkilan dengan kelewatan tarikh untuk dibicarakan.

"Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat saya," tambahnya.

Sebelum ini, Mohd Saiful ditemani peguamnya, Zamri Idrus hadir di pejabat JAWI.

Mohd Saiful bagaimanapun, berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai tujuan dia ke JAWI pagi ini.

mohd saiful bukhari azlan 2 at jawi 271108Dia juga berdoa agar kes perbicaraan itu berjalan lancar, sambil menambah, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Mohd Saiful juga menafikan dia kini berada di bawah perlindungan polis.

Rayuan pendakwa

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk berdepan perbicaraan tersebut, dia berkata: "Saya telah bersedia".

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000.

Pada 7 November, Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Pihak pembelaan mencabar kesahihan sijil pemindahan kes itu kerana Abdul Gani sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) susulan laporan yang dibuat oleh Anwar, mendakwa Abdul Gani memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam" Anwar semasa dalam tahanan polis pada 1998.

mohd saiful bukhari azlan 3 at jawi 271108Pihak pendakwa memfailkan permohonan bagi semakan dan juga rayuan terhadap keputusan itu atas alasan Abdul Gani hanya menjalankan tugas pentadbirannya dan bukannya tugas kehakiman atau separa kehakiman semasa menandatangani sijil itu.

Berikutan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar pada 5 dan 6 Februari depan untuk mendengar permohonan pihak pendakwa itu.

Sementara itu, Mohd Saiful ketika ditanya mengenai aktiviti yang dilakukan sekarang, beliau menjawab:

"Saya sedang berehat dan tenangkan fikiran," tambahnya.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner