Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Politik wang di Kota Tinggi, BPR panggil saksi
Diterbitkan:  Nov 27, 2008 6:36 PM
Dikemaskini: 10:38 AM

Badan Pencegah Rasuah (BPR) Johor telah memanggil beberapa saksi untuk memberi keterangan dalam siasatannya berhubung laporan tentang dakwaan berlaku politik wang dalam kalangan Umno bahagian Kota Tinggi.

Pengarah BPR Johor, Simi Abdul Ghani yang enggan menyatakan siapa saksi-saksi yang dipanggil itu, menjelaskan bahawa siasatan masih lagi berjalan.

Beliau memberitahu Bernama bahawa BPR Johor memulakan siasatan itu sejurus selepas menerima laporan oleh Yang Dipertua PAS Kota Tinggi Kamaldin Tahir pada 6 November lalu, berdasarkan satu dokumen yang ditemui di hadapan rumahnya.

Pada keesokannya pula, lapan ahli Umno Bahagian Kota Tinggi pula membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi meminta pihak berkuasa menyiasat bagaimana Kamldin memperoleh dokumen tersebut.

ADS