Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Raja Petra ditangguh kepada 20 Januari
Diterbitkan:  Dec 4, 2008 2:35 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar pada 20 Januari depan, permohonan penulis blog Raja Petra Kamaruddin supaya perbicaraan kes fitnah terhadapnya dikembalikan ke mahkamah rendah.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas peguam J Chandra yang mewakili Raja Petra, memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam utama, Manjeet Singh Dhillion sedang menjalani rawatan di United Kingdom.

Kes tersebut sepatutnya didengar hari ini. Timbalan Pendakwaraya (DPP) Anselm Charles Fernandes tidak membantah penangguhan kes tersebut.

Raja Petra didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu kerana dituduh memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor, Pemangku Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isterinya, Kolonel Norhayati Hassan, dalam akuan berkanun yang dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta pada jam 10.25 pagi 18 Jun lalu.

Pada 15 Ogos lalu, Majistret Nazran Mohd Sham membenarkan permohonan DPP Amir Nasruddin untuk memindahkan kes Raja Petra ke Mahkamah Sesyen atas alasan kes itu membabitkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, Manjeet membantah kerana mendakwa pemindahan kes tersebut bercanggah dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kesaksamaan.

Beliau sebelum ini berhujuah bahawa Mahkamah Majistret mempunyai bidangkuasa untuk mengenakan denda maksima RM10,000 berbanding dengan kuasa Mahkamah Sesyen.

Manjeet berkata, mengikut seksyen 8(1) Akta Mahkamah Rendah 1948, seseorang majistret boleh menjatuhkan sebarang hukuman tidak melebihi lima tahun penjara, denda maksima RM10,000 atau sebat sehingga 12 kali atau mana-mana gabungan hukuman yang dibenarkan dalam tiga pilihan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, Seksyen 64 Akta Mahkamah Rendah 1948 membenarkan Mahkamah Sesyen menjatuhkan sebarang hukuman selain daripada hukuman mati.

Menurutnya, tiada had bagi denda maksima yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah sesyen, tidak seperti kuasa majistret.

Oleh itu, katanya, jika kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen, maka pelanggannya akan terdedah kepada hukuman denda yang lebih berat oleh Mahkamah Sesyen jika dibanding seandainya kes tersebut kekal didengar di Mahkamah Majistret.

Baca berita penuh

ADS