Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Datuk mati sebelum tahun baru'
Diterbitkan:  Dec 9, 2008 4:20 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Timbalan pengerusi MCA Pahang membuat laporan polis selepas menerima ancaman bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dari orang yang tidak dikenalinya Khamis lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata laporan polis oleh Datuk Seri Lam Kam Sang dibuat sehari selepas beliau menerima SMS itu, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuantan.

Menurut Bernama , Mohd Haris berkata Lam menerima mesej yang tertera: "Datuk, before new year, you akan mati".

Beliau berkata, berdasarkan siastan, pengirim SMS terbabit dipercayai berada di luar negara berdasarkan nombor talian yang digunakan.

"Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati pengirim SMS ini menggunakan nombor telefon talian luar negara dan dipercayai dihantar oleh pengirim yang sedang berada di luar negara," katanya.

Mohd Haris berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan polis yang dikemukakan Lam yang juga merupakan Ketua MCA Bahagian Raub.

Lam memberitahu agensi berita itu, beliau merasa khuatir dengan

keselamatan diri dan keluarganya berhubung ancaman itu, selain berharap polis dapat menjalankan siasatan terperinci mengenainya.

Katanya, sebelum ini beliau tidak pernah menerima ugutan sedemikian dan menafikan beliau bermusuh dengan orang lain.

"Saya rasa saya tidak bermusuh dengan sesiapa pun," katanya.

ADS