Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bukan wanita, tapi bangkai anjing
Diterbitkan:  Dec 9, 2008 9:39 PM
Dikemaskini: 2:00 PM

Ketua Polis Selangor menjelaskan objek yang dikesan petang tadi di kawasan dekat mayat Dr N Yogeswari dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa bukan mayat pembantu rumahnya warga Sri Lanka.

Objek itu disahkan bangkai seekor anjing dan bukan mayat, lapor Bernama .

Sebelum ini di satu sidang akhbar, Datuk Khalid Abu Bakar berkata satu mayat lagi yang identitinya belum dikenali ditemui petang tadi berhampiran mayat Dr Yogeswari, satu daripada empat mangsa tragedi awal pagi Sabtu itu.

Di sidang akhbar berikutnya di kawasan tragedi, beliau berkata pasukan penyelamat menemui bilik pembantu rumah dan dapur

Dr Yogeswari tetapi pembantu rumah belum lagi ditemui.

Khalid berkata mayat wanita itu, dalam lingkungan 30-an dianggap belum lagi ditemui dan tidak dipastikan sama ada beliau masih hidup atau mati.

"Kami hentikan segala operasi untuk malam ini pada jam 7.20 tadi.

"Kita akan sambung operasi pada esok pagi, seawal mungkin dan pasukan penyelamat akan cari di lokasi lain dan kami akan tinjau di kawasan yang lebih luas," katanya.

Ketua polis itu juga mengesahkan pergerakan tanah agak stabil dan

beliau menasihatkan penduduk yang perlu mengambil barang mereka di rumah yang dikosongkan agar bersabar dan mengikuti arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

"Bagilah peluang kepada orang yang nak keluar. Jangan mementingkan diri, kita perlu bertolak ansur dalam keadaan ini. Kami faham bahawa anda perlu mendapatkan barang anda," tambahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS