Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA kecewa saranan Khoo Kay Kim
Diterbitkan:  Dec 11, 2008 7:37 PM
Dikemaskini: 12:07 PM

MCA kesal dengan pendirian sarjana terkenal Dr Khoo Kay Kim yang meminta orang Cina dan India mengorbankan sekolah vernakular bagi mencapai perpaduan kaum.

"Paling menyedihkan, Dr Khoo meminta orang bukan Melayu mengorbankan hak pendidikan vernakular yang dijamin dalam perlembagaan Malaysia," kata jurucakap parti itu Lee Wei Kiat.

Tambahnya, saranan bekas profesor sejarah Universiti Malaya itu "tidak akan sesekali diterima oleh rakyat Malaysia".

khoo kay kim 01 Dr Khoo (foto) baru-baru ini dilaporkan meminta dua kaum itu, sebagai golongan minoriti, "bertolak ansur dengan mengorbankan pendidikan vernakular menggunakan bahasa ibunda masing-masing".

Profesor emeritus itu dilaporkan menyokong saranan ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir awal bulan ini agar sistem pendidikan tunggal dilaksanakan kerana sekolah jenis kebangsaan boleh memburukkan polarisasi kaum.

Mukhriz sehari kemudian menafikan beliau mencadangkan penutupan sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil tetapi maksud beliau "kekalkan sekolah yang sama tetapi sistem (pendidikannya) satu sahaja, menggunakan Bahasa Malaysia sebagai pengantar", kecuali bagi Matematik dan Sains.

lee wei kiat Dalam kenyataannya hari ini, Lee (foto) berkata, MCA sangat sedih apabila sarjana terkenal seperti Dr Khoo turut kedepan menyokong pandangan "ahli-ahli politik yang berfikiran sempit yang memainkan retorik perkauman".

Lee berkata lagi, isu berkenaan telah dijelaskan oleh presiden pertamanya Tun Tan Cheng Lock sejak 1952 lagi.

"Pendidikan berbahasa Cina berkembang dan melahirkan banyak profesional dan bakat serta menyumbang kepada pembangunan politik, ekonomi, sosial dan budaya.

"Ia juga memperkayakan aspek kebudayaan pelbagai kaum. Kita tidak boleh menafikan sumbangan pendidikan vernakular," kata Lee.

ADS