Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bukan ucapan terima kasih...'
Diterbitkan:  Dec 16, 2008 3:59 PM
Dikemaskini: 8:03 AM

Panglima Angkatan Tentera Tan Sri kesal dengan tuduhan kononnya anggota penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik semasa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu.

general abdul aziz zainal "Bukan ucapan terima kasih yang kami dapat sebaliknya dakwaan tidak berasas ini," katanya pada majlis penyampaian kalender 2009 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di ibunegara hari ini, lapor Bernama.

Selain dakwaan kononnya anggota penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik, ada juga yang menuduh anggota tentera minum arak selain dakwaan kononnya anggota penyelamat menyuruh penduduk menyelamatkan sendiri harta benda mereka.

"Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam misi tersebut dan anggota-anggota yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah.

bukit antarabangsa landslide victim unglu farid ungku abdul rahman interview 121208 03 "Sepatutnya masyarakat di situ berterima kasih kepada semua pasukan yang terlibat dalam operasi itu, bukan membuat dakwaan yang tidak berasas," kata Abdul Aziz.

Beliau berkata masyarakat sepatutnya menghargai pengorbanan anggota penyelamat yang terlibat.

Abdul Aziz berkata operasi mencari dan menyelamat ATM telah ditamatkan sejak jambatan taktikal milik ATM dibuka dan jambatan kekal siap dibina dua hari lepas.

"Kita telah menamatkan operasi...pihak tentera hanya terlibat dalam operasi ketika kecemasan sahaja. Operasi sekarang diserahkan kepada pihak majlis perbandaran dan polis," katanya.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada 4 pagi itu meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa dan meragut empat nyawa.

ADS